Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban
Saya
agak ralat ketika membacakan tulisan pada ‘banner’ yang ditayangkan ketika
Program Setiakawan Penulis Satu Malaysia tempoh hari. Perkara sebegini tidak
seharusnya berlaku kerana program ini boleh dikatakan amat besar kerana
mengumpulkan pelbagai penulis, pelbagai kaum dan pelbagai negara. Di sini saya
akan sertakan gambar yang telah saya ambil ketika program itu berlangsung.
Dalam
gambar di atas, kesalahan ejaan kata ‘patriotime’ yang sepatutnya dieja menjadi
‘patriostisme’. Saya berharap pihak yang terbabit memandang berat akan hal
sebegini kerana walaupun hanya kesalahan kecil tapi hal ini mungkin dianggap
sebelah pihak bahawa kita tidak mengambil berat akan kesalahan tatabahasa yang
dilakukan. Akhir kata,
“SASTERA
MEMUPUK INTELEK DAN KEMULIAAN BUDI MANUSIA”
No comments:
Post a Comment