Tuesday, 25 September 2012

Diari Harian Sosiolinguistik


Situasi : Ketika mengundi sempena Pilihan Raya Kampus UPSI.


Dialog :

Pelajar perempuan 1  : Eh Faz, kau tak pergi pangkah lagi ke?

Pelajar perempuan 2  : Tengoklah lepas kelas nanti. Full hari ini.

           

Pendapat /  kritikan / komen :


Pelajar perempuan 1 telah menggunakan kata ‘pangkah’ sebagai perlambangan untuk membawa maksud mengundi. Penggunaan kata ini sesuai sekiranya digunakan ketika berada di tempat mengundi atau semasa musim pilihan raya. Pelajar perempuan 2 pula telah memberi jawapan dengan membawa unsur pencampuran kod iaitu menggunakan kata dari pada bahasa Ingeeris iaitu ‘full’ bagi memberi gambaran bahawa jadual kelasnya pada hari ini sangat padat sehinggakan tidak mempunyai kesempatan untuk pergi mengundi.

No comments:

Post a Comment