Thursday, 27 September 2012

Diari Harian Sosiolinguistik


Situasi : Di Festival Buku, Dewan SITC.


Hujahan :


Mengambil petikan daripada buku “Wanita Bidadari Syurga” karya Azizah Al –Yahya, dalam halaman 48, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

 “Wanita itu tiang negara, jika baik kaum wanita sesebuah negara itu, maka baiklah negara itu.”

“Tangan yang menghayun buai itu boleh menggoncang dunia.”

           

Pendapat /  kritikan / komen :


Dalam sabda Rasulullah s.a.w di atas, ‘wanita’ telah dilambangkan sebagai satu watak utama dalam merancang kehidupan iaitu sebagai tiang dalam membina sesebuah negara itu. Rasulullah telah menegaskan bahawa dalam masyarakat perlunya wanita yang terdidik bagi mencapai kesejahteraan negara. Wanita Muslim yang berjaya bukan sahaja dalam kemajuan lahiriah tetapi pendekatan batiniah kepada Islam menjadi tenaga penggerak ke arah kemajuan sesebuah negara. Sabda Rasulullah ini digunakan dalam masyarakat Islam sehingga kini. Unsur hiperbola juga digunakan dalam frasa yang kedua yang menggunakan kiasan yang menyatakan sesuatu cara yang sangat berlebihan daripada maksud sebenarnya. Tidak mungkin sebatang tangan boleh menyebabkan dunia bergoncang.


No comments:

Post a Comment