Friday, 28 September 2012

Diari Harian Sosiolinguistik


Situasi : Perjumpaan bersama ahli Kelab Fasilitator Bitara, UPSI.


Dialog :


Presiden : Saya nak pada hari Ahad nanti, korang mula berkumpul kat kolej masing-masing pada pukul 6.45 pagi sebab bas akan bertolak pada jam  7.00 pagi.

           

Pendapat /  kritikan / komen :


Penggunaan bahasa rojak digunakan ketika perjumpaan bersama ahli Kelab Fasilitator Bitara UPSI sempena dengan program ‘Masih Ada yang Sayang’ (MAYANG’12). Kata yang dicondongkan seperti dialog di atas merupakan contoh bahasa rojak golongan remaja. Dalam situasi di atas, perjumpaan yang tidak formal telah menyebabkan perbincangan mahupun arahan diberikanoleh tuan presiden dalam bahasa rojak yang memudahkan penerimaan maklumat golongan remaja seperti pelajar. Penggunaan bahasa rojak ini tidak sesuai bahkan tidak manis digunakan ketika majlis formal.


No comments:

Post a Comment