Monday, 1 October 2012

Diari Harian Sosiolinguistik


Situasi : Ketika berada di rumah ibu saudara.


Dialog :


Ibu saudara    : Kome tak kemana ke dah alang-alang datang ke mari?

Saya              : Idakla acu. Rasa penat bebenor dah ni.

           

Pendapat /  kritikan / komen :


Dialog di atas menunjukkan penggunaan unsur dialek Perak dalam perbualan harian. Penggunaan kata atau dialek sebegini sesuai digunakan mengikut situasi dan hubungan sosial antara dua penyampai maklumat. Contohnya dalam situasi di atas, saya mempunyai hubungan yang erat antara ibu saudara yang membuatkan kami selesa menggunakan dialek Perak sebagai perbualan harian. Penggunaan dialek ini tidak mungkin dapat digunakan sekiranya berhadapan dengan golongan peringkat atasan.

No comments:

Post a Comment