Amalan Berbahasa di Kaunter.
Budi
Bahasa Budaya Kita. Itulah sepatutnya saya lafazkan ketika berurusan dengan
salah seorang pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar Kolej Ungku
Omar. Saya ingin melahirkan rasa kecewa saya terhadap salah seorang pengawal
keselamatan yang bertugas pada hari tersebut yang saya rasakan agak tidak
berbudi bahasa ketika menjalankan tugas.
Pada hari kejadian, saya telah pulang
ke kolej dengan beberapa orang rakan pada jam 12.00 malam kerana menjalani sesi
latihan drama. Ketika di pintu masuk, kami telah ditahan kerana pengawal
tersebut mengatakan kami telah lewat dan sepatutnya kami perlu sertakan bersama
surat kebenaran dari felo blok untuk pulang lewat. Saya mengaku itu mungkin
kesalahan kami kerana tidak peka terhadap waktu sewaktu berada di kampus.
Namun, apa yang menyedihkan kami, bahasa yang digunakan oleh pengawal tersebut
seolah-olah kami ini berbahasa kurang sopan. Kami telah memanggil pengawal
tersebut dengan panggilan Encik yang kami rasakan sudah cukup hormat selain
daripada panggilan pak cik. Tetapi, pengawal tersebut telah membahasakan
dirinya dengan ‘aku’ dan ‘korang’ selain menengking kami. Sebelum ini, para
pelajar telah didedahkan dengan amalan bahasa di kaunter kerana ramai kalangan
pelajar tidak menggunakan kata sapaan yang betul ketika berurusan. Hal ini
mungkin disebabkan ada laporan dari pekerja UPSI sendiri. Namun, adakah
pengawal keselamatan itu sangat berbudi ketika menjalankan tugasnya? Patutkah
kami dilayan sebegitu rupa sedangkan kami bertutur dengan agak sopan. Saya
berpendapat pekerja am juga sepatutnya diberikan taklimat mengenai amalan di
kaunter supaya tidak berlakunya persengketaan sebegini. Tidak sepatutnya
pengawal keselamatan tersebut melayan kami sebegitu teruk walaupun kami berada
di pihak yang salah. SEKIAN.
No comments:
Post a Comment