Pada hari ini, apa yang ingin saya kongsikan adalah mengenai budaya penulisan golongan remaja dalam lingkungan 13-17 tahun iaitu pelajar sekolah menengah. Ketika saya sedang asyik melayari laman utama facebook saya, keluar pelbagai status beberapa orang remaja daripada rakan-rakan adik saya. Apa yang menjadi persoalannya ialah gaya bahasa yang digunakan oleh mereka sudah tentu tidak menepati hukum tatabahasa yang betul. Pada pendapat saya, hal sedemikian masih boleh dimaafkan lagi memandangkan sukar bagi kita sendiri untuk bertutur mahupun menulis dalam bahasa baku dalam situasi yang tidak formal.
Namun, ketika saya membacakan status-status mereka terbit perasaan marah dan sakit hati apabila mengalami masalah dalam memahami apa yang cuba disampaikan oleh mereka. Hal ini adalah kerana penggunaan ejaan dan saiz tulisan yang berbeza-beza telah menyukarkan para pembaca untuk mendalaminya. Antara contoh yang dapat saya jelaskan di sini ialah kesalahan dalam penggunaan ejaan mereka seperti :
Dalam gambar di atas, mereka menggunakan singkatan perkataan sehingga mengubah ejaan seperti kata aku menjadi 'aq' dan mengubah ejaan seperti kata esok menjadi 'besowk'. Kebanyakan antara mereka telah menggunakan kata yang salah dalam penulisan. Contoh di atas saya petik daripada status salah seorang rakan facebook golongan pelajar sekolah menengah ini yang saya rasakan sangat merosakkan bahasa Melayu kita.
Terdapat lagi beberapa gaya penulisan mereka seperti mencampurkan saiz tulisan yang berbeza-beza. Sebagai contohnya,
Sebagai kesimpulannya, hal sebegini sememangnya menganggu ketika pembaca lain mahu membaca atau menafsir apa yang disampaikan oleh mereka. Saya berharap agar anda yang membaca entry ini tidak akan terjerumus dalam melakukan kesalahan yang teruk dalam penulisan walaupun sekadar status di facebook. Hal ini adalah kerana bahasa mencerminkan wajah kita. Kita sepatutnya menjadi contoh kepada adik-adik dengan menggunakan bahasa yang betul dalam perbualan harian. Sekian. :)
pergghh.. baik cikgu!
ReplyDelete