Seminar Martabatkan Bahasa Kebangsaan Kita
sempena Bulan Bahasa Kebangsaan
Bahasa
Melayu atau Bahasa Malaysia? Sering kali saya mendengar permasalahan ini ketika
pembelajaran di sekolah suatu ketika dahulu. Guru Bahasa Melayu saya sendiri
telah menggunakan istilah yang berbeza-beza untuk menyebut mata pelajaran yang
diajarnya. Pada mulanya, hal ini tidak menjadi masalah bagi kami seorang pelajar
sekolah. Namun setelah kini bergelar bakal pendidik bahasa, isu ini sering kali
kami debatkan antara rakan jurusan kami.
Ketika
perasmian penutupan Majlis Sambutan Martabatkan Bahasa Kebangsaan bersempena
Bulan Bahasa Kebangsaan yang diadakan di Dewan SITC UPSI, Dr. Siti Khairiah salah seorang panel bahasa telah menegaskan bahawa sepatutnya
permasalah ini tidak harus dijadikan isu besar. Hal ini adalah kerana Bahasa
Malaysia sudah semestinya tidak merangkumi bahasa serumpun yang dijadikan
bahasa lingua franca pada zaman dahulu. Istilah Bahasa Melayu merupakan istilah
yang betul dalam mengambarkan bahasa yang digunakan. Bahasa tersebut digelar
Bahasa Melayu dan bukannya Bahasa Malaysia kerana bahasa tersebut bukan sahaja
digunakan di Malaysia tetapi digunakan dan diketahui oleh seluruh kawasan Asia.
Bahasa Melayu ini dituturkan oleh semua penduduk dan menjadikan sebagai lingua
franca dan digunakan sebagai urusan pentadbiran dan rasmi. Walaupun kerajaan
sudah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan mewajibkan
penggunaannya dalam pentadbiran kerajaan tetapi kerajaan juga telah membuat
dasar bahawa bahasa lain juga boleh digunakan dan dipelajari contohnya Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment