Hari Raya Aidiladha
Pada 26 Oktober 2012, masyarakat Islam telah menyambut Hari
Raya Aidiladha. Sebelum cuti pertengahan semester yang lalu, saya telah bertemu dengan beberapa pelajar dari Indonesia dan telah berbicara mengenai persiapan mereka. Mereka tidak pulang ke kampung di Indonesia dan hanya beraya di Tanjung Malim. Namun, apa yang saya perasan, mereka tidak menyebut Hari Raya Aidiladha mahupun Hari Raya Korban, tetapi Hari Lebaran di Indonesia.
Apa yang ingin saya kongsikan hari ini bukanlah mengenai cara masyarakat di Malaysia dan Indonesia beraya kerana masa yang dihabiskan saya bersama mereka hanyalah sementara. Pada kali ini, saya ingin membuat perbandingan makanan yang dihidangkan semasa hari raya tidak kiralah sama ada, pada Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban.
Secara umumnya, juadah untuk hari raya di Perak agak sama dengan di Kedah. Di perak, mereka lazimnya menyajikan rendang tok yang dimakan bersama dengan lemang.

Namun, ada juga antara mereka yang menyajikan rendang tok itu bersama ketupat. Namun, ketupat ini sebenarnya menjadi satu tradisi masyarakat di Kedah. Mereka akan makan ketupat bersama rendang daging atau ayam dan juga gulai ayam.
.jpg)
.jpg)
Berbeza pula dengan di Johor, masakan lontong bersama nasi impit menjadi sebagai sajian utama mereka apabila menjelang musim perayaan.
Sekian sahaja entri saya pada kali ini. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua muslimin dan muslimat. Maaf zahir dan batin. Assalamualaikum :)
Apa yang ingin saya kongsikan hari ini bukanlah mengenai cara masyarakat di Malaysia dan Indonesia beraya kerana masa yang dihabiskan saya bersama mereka hanyalah sementara. Pada kali ini, saya ingin membuat perbandingan makanan yang dihidangkan semasa hari raya tidak kiralah sama ada, pada Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban.
Secara umumnya, juadah untuk hari raya di Perak agak sama dengan di Kedah. Di perak, mereka lazimnya menyajikan rendang tok yang dimakan bersama dengan lemang.

Namun, ada juga antara mereka yang menyajikan rendang tok itu bersama ketupat. Namun, ketupat ini sebenarnya menjadi satu tradisi masyarakat di Kedah. Mereka akan makan ketupat bersama rendang daging atau ayam dan juga gulai ayam.
.jpg)
.jpg)
Berbeza pula dengan di Johor, masakan lontong bersama nasi impit menjadi sebagai sajian utama mereka apabila menjelang musim perayaan.
Namun begitu, hidangan di atas tidaklah terhad kepada sesebuah negeri sahaja. Ibu saya sendiri yang berasal dari Perak juga gemar menghidangkan lontong yang menjadi lambang makanan negeri Johor. Juadah kuih-muih juga tidak terhad dalam sesebuah negeri. Dapat saya simpulkan bahawa masyarakat di Malaysia mempunyai pelbagai menu masakan yang istimewa terutamanya semasa hari raya.